Platform Koperasi Beramanah Dalam Memperkasa Ekonomi Anggota

Patuh undang-undang • Telus • Profesional

Platform Koperasi Beramanah Dalam Memperkasa
Ekonomi Anggota

Patuh undang-undang • Telus • Profesional

Profil Koperasi

Koperasi Sahabat Amanah Rezeki Bertambah Berhad (COSARB) ialah sebuah koperasi yang ditubuhkan bagi memperkukuh ekonomi anggota melalui perkhidmatan kewangan, perniagaan dan kepakaran profesional secara telus dan patuh undang-undang.

COSARB berperanan sebagai platform kerjasama ekonomi yang menghimpunkan anggota untuk membina kestabilan kewangan, meningkatkan keupayaan perniagaan serta mewujudkan manfaat bersama berlandaskan prinsip koperasi dan tadbir urus yang berintegriti.

Visi

Menjadi koperasi amanah dan profesional yang berdaya saing dalam memperkasa ekonomi anggota dan masyarakat secara mampan.

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan kewangan dan perniagaan yang patuh undang-undang, telus dan berintegriti kepada anggota.
  • Membantu anggota meningkatkan pendapatan dan kestabilan kewangan melalui simpanan, pembiayaan dan pelaburan yang dibenarkan.
  • Menyokong pembangunan perniagaan anggota melalui khidmat nasihat, latihan dan penggunaan teknologi.
  • Mengurus koperasi secara profesional selaras dengan prinsip koperasi dan peraturan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
  • Menyumbang kepada pembangunan ekonomi masyarakat secara beretika dan bertanggungjawab.

Objektif Koperasi

  • Meningkatkan kepentingan ekonomi anggota secara bersama.
  • Menjadi pusat sokongan kewangan dan perniagaan kepada anggota.
  • Mewujudkan peluang pelaburan dan penjanaan pendapatan yang sah.
  • Membina budaya pengurusan kewangan yang berdisiplin dan berilmu dalam kalangan anggota.

Aktiviti & Perkhidmatan Koperasi

Aktiviti COSARB dijalankan mengikut Undang-Undang Kecil Koperasi dan tertakluk kepada kelulusan serta peraturan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

  • Perkhidmatan perakaunan dan kewangan
  • Perundingan audit dan pematuhan
  • Perkhidmatan percukaian dan korporat
  • Khidmat nasihat pengurusan perniagaan
  • Simpanan anggota
  • Deposit dan pembiayaan tertakluk kelulusan
  • Pinjaman kepada anggota dan bukan anggota mengikut peraturan
  • Pengurusan dana kewangan koperasi
  • Pelaburan yang dibenarkan di bawah Akta Koperasi
  • Penyertaan dalam aktiviti perniagaan strategik
  • Pengurusan keuntungan dan agihan manfaat kepada anggota
  • Program latihan keusahawanan
  • Pendidikan kewangan dan literasi kewangan
  • Pembangunan kemahiran dan teknologi
  • Bengkel, seminar dan kursus berkaitan perniagaan
  • Perdagangan dan industri asas tani
  • Pembangunan hartanah dan perniagaan berkaitan
  • Aktiviti minyak, sistem dan industri berkaitan
  • Aktiviti perniagaan lain yang diluluskan oleh Lembaga dan SKM

Keanggotaan

Keanggotaan COSARB terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan di bawah Undang-Undang Kecil Koperasi.

Anggota berhak menikmati kemudahan koperasi, menyertai Mesyuarat Agung serta menerima manfaat dan pulangan mengikut prestasi koperasi.

Tadbir Urus & Pematuhan

COSARB ditadbir mengikut:

  • Akta Koperasi 1993
  • Undang-Undang Kecil Koperasi
  • Garis panduan dan ketetapan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Koperasi mengamalkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam semua urusan
pengurusan dan kewangan.

Rakan Kami

COSARB komited untuk menjadi rakan strategik kepada anggota dalam membina kestabilan kewangan dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang melalui pendekatan koperasi yang beramanah dan profesional.

Scroll to Top